09 March 2010

ada wi-fi

Sebenarnya, aku tak tau nak tulis apa. Sementara menunggu hujan reda, aku lepak di salah sebuah bus-stop di Kg Melayu, tetiba ada isyarat wi-fi available..
Makanya, aku pun cuba menulis apa yang aku boleh tulis.
Aku sepatutnya berjumpa seseorang waktu ini, tapi, dia tak sampai lagi sebab ada pokok tumbang di Wisma Daiman.
Dan secara tetiba, aku didatangi oleh seorang pakcik yang tak semena-mena angkat kotak Dunhill 20 aku...
Pakcik tu dengan selambanya menceritakan pada aku dia baru balik dari hospital pagi tadi.
Mengeluh kerana kos perubatannya mencecah RM500.00....
Mahalnya!!!!
Dia siap tunjukkan bil klinik swasta, tempat dia mengadu nasib tadi... Dia seorang pesara TNB.. Segala kos perubatan ditanggung oleh TNB...
Difikirkan semula, bagus pakcik ni... Walau dah bersara dari tempat kerja, masih lagi risau kalau-kalau kos perubatan dia tu akan merugikan TNB. Memang le keuntungan berjuta TNB akan susut RM500 gara-gara pakcik ni, tapi apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan keuntungan sebenar TNB.
Menurut pakcik, dia sakit gara-gara berhenti merokok...
Macam-macam yang timbul dalam kotak fikiran aku...
Kenapa harus berhenti?
Kalau dia tak berhenti, kos beli rokok tu lebih murah dari kos perubatan yang harus ditanggung oleh syarikat tempat dia bekerja dulu..
Cuma, dia kena keluar duit sendiri untuk beli rokok tu..
Akan tetapi, dia tak perlu risau kerana keuntungan syarikat tidak langsung terjejas...
Member aku dah sampai...

No comments: