10 March 2010

Bila Ketam mula mengajar

Itulah yang berlaku tadi apabila seorang guru agama ditangkap khalwat bersama teman lelakinya.
Agak lama juga pegawai dari Jabatan Agama sebelum mereka mengambil keputusan untuk memanjat pagar.
Biarpun begitu, tuan rumah tetap lambat buka pintu...
Akhirnya pintu dibuka oleh seorang wanita..
Bila ditanya wanita itu yang bekerja sebagai guru agama berkeras mengatakan dia tinggal sendirian di rumah tersebut.
Berbekalkan waran, para pegawai Jabatan Agama, mula menggeledah setiap inci rumah tersebut.
Pengalaman di masa lalu, teman lelaki cikgu ini,dijumpai bergolek-golek di ruang udara rumah,
Para pegawai terpaksa meninggikan suara menyuruh lelaki yang berpeluh kepanasan menyorok di atas siling itu untuk turun....
Naik boleh... Turun tak tau.... Akhirnya, tanpa bantuan, lelaki durjana itu berjaya juga turun.. Tapi, bercalar balar belakang lelaki itu disebabkan bergesel dengan lubang siling itu ketika turun...
Geledah punya geledah, jumpa lak 2 paket kondom yang telah dikoyakkan...., memaksa para pegawai untuk terus mencari dimanakah kondom itu disorokkan... akhirnya, dijumpai di dalam tong sampah.....siap ada cairan mani lagi...
Dipendekkan cerita, kedua-duanya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)

09 March 2010

ada wi-fi

Sebenarnya, aku tak tau nak tulis apa. Sementara menunggu hujan reda, aku lepak di salah sebuah bus-stop di Kg Melayu, tetiba ada isyarat wi-fi available..
Makanya, aku pun cuba menulis apa yang aku boleh tulis.
Aku sepatutnya berjumpa seseorang waktu ini, tapi, dia tak sampai lagi sebab ada pokok tumbang di Wisma Daiman.
Dan secara tetiba, aku didatangi oleh seorang pakcik yang tak semena-mena angkat kotak Dunhill 20 aku...
Pakcik tu dengan selambanya menceritakan pada aku dia baru balik dari hospital pagi tadi.
Mengeluh kerana kos perubatannya mencecah RM500.00....
Mahalnya!!!!
Dia siap tunjukkan bil klinik swasta, tempat dia mengadu nasib tadi... Dia seorang pesara TNB.. Segala kos perubatan ditanggung oleh TNB...
Difikirkan semula, bagus pakcik ni... Walau dah bersara dari tempat kerja, masih lagi risau kalau-kalau kos perubatan dia tu akan merugikan TNB. Memang le keuntungan berjuta TNB akan susut RM500 gara-gara pakcik ni, tapi apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan keuntungan sebenar TNB.
Menurut pakcik, dia sakit gara-gara berhenti merokok...
Macam-macam yang timbul dalam kotak fikiran aku...
Kenapa harus berhenti?
Kalau dia tak berhenti, kos beli rokok tu lebih murah dari kos perubatan yang harus ditanggung oleh syarikat tempat dia bekerja dulu..
Cuma, dia kena keluar duit sendiri untuk beli rokok tu..
Akan tetapi, dia tak perlu risau kerana keuntungan syarikat tidak langsung terjejas...
Member aku dah sampai...

08 March 2010

Suatu petang

Aku di Perling, menunggu hujan berhenti. Kalau tadi hujan agak renyai.., mereka complaint pasti hujan ini membawa bahang.. Dan secara tetiba, hujan turun dengan lebatnya.. Semua orang terpaksa menunggu hujan berhenti pulak.

Bila sebut pasal hujan, aku teringat kata-kata kawan-kawan aku yang berasal dari Kelantan.. Mereka cakap, hujan dan banjir di Kelantan, bukanlah bencana semata-mata. Bagi kawan aku ni, hujan dan banjir yang melanda membawa rahmat pada mereka. Bukannya apa, masa ni lah mereka dapat mencuci mata melihat betis-betis putih awek Kelantan.

Aku memang setuju benar kenyataan tu... Maklumlah sama-sama merenyam.. Memang tak dinafikan, sebahagian besar wanita Kelantan cantik-cantik belaka..

Itu pandangan aku sebagai anak sulung dari 5 beradik yang semuanya lelaki.. (sebab tu jakun tengok perempuan)

"Macha!!! Nescafe lagi satu!!!!"Biasalah.... Hujan tak berhenti lagi.. Tak tau nak buat apa..

Takkan aku nak redah hujan ni.. Lagipun takde arah tuju. Rumah aku jauh dari sini.Takkan aku nak ke Angsana. Basah kuyup.. Hilang handsome aku nanti..

20 January 2010

mana lebih kotor...?

gambar ini aku ambil di tempat pembuangan sampah di Telaga Punggor, Batam...
manakala gambar atas tu aku amik di Permata Lounge, Batam... beberapa Lonteh (pelacur) sedang menunggu pelanggan...

Kotor...., memang kotor... tapi adakah sekotor pekerjaan sebagai seorang pelacur?
itu adalah kata-kata Mazidul ketika membuat stand-upper untuk rancangan 999 yang bakal ditayangkan di TV3 pada 21 Januari 2010..

Tak susah untuk goyang lidah...


Di Batam, tak perlu ada cewek, ada lonteh atau ada pasangan untuk goyang lidah kamu kerana terdapat satu gerai yang boleh menggoyangkan lidah kamu dengan cara tersendiri...

27 December 2009

Menarik semasa aku ke Atjeh

Aku ke Atjeh atas urusan kerja...
Aku berkesempatan ke majlis perkahwinan orang Atjeh.. Memang meriah... meriah sungguh..
Salah satu yang aku tertarik adalah hantaran yang diberikan kepada pengantin perempuan...
Di Atjeh, sepersalinan perempuan termasuk le baju dalam, kain dalam dan juga seluar dalam...
Kalau di Malaysia..., pasti jadi bualan ramai...
Nanti aku kahwin, aku nak hantar macam ni la...

28 February 2008

testing...




rydgvfdtrbrg